Monday, 12 December 2011

Pemberian Terindah. InsyaAllah




Aku pasti punya masalah

Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat

Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau menjadi pelengkap hidupku.


Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,

Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,

Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Pelengkapku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.


Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,

Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan, 

Bahaya, ancaman di mana-mana

Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu

Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam,

Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik,

Setiap nafasku.


Aku sering menadah telapak tangan,

Dan memohon pada Tuhan,

Agar kau, bukan sahaja kau menjadi pelengkapku,

Tetapi menjadi pelengkap diriku yang disayangi Allah Ta’ala


Pelengkapku.

Selamat datang ke hidupku.

Selamat menjadi bapa pada anak-anakku kelak insyaAllah.

Selamat menjadi menantu ibu abahku kelak insyaAllah.

Selamat menjadi adik dan abang pada adik-beradikku kelak insyaAllah.

Selamat menjadi keluargaku kelak insyaAllah.

Selamat menjadi separuh dari aku.

Kerna engkau la pemberian yang terhebat bagiku.


MOHAMMAD SAFWAN BIN GHAZALI